Friday, September 30, 2011

Berpakaianlah sopan bila bertandang ke rumah Allah


Mesti semua orang terkejut bila bukak blog aku nih sebab mula-mula dah terpampang gambar model yang direject. Ok fine. Abaikan gambar abang hensem itu.. *bluuekkk* -___-"

Sempena di hari Jumaat yang mulia ini, aku nak nasehat la sikit kat semua kaum sejenis dengan aku. Wahai kaum Adam semua. Aku nak pesan ni tentang berpakaian ke masjid. Terutamanya kepada studentlah. Sebab kalau pak cik-pak cik yang dah kerja mungkin akan berpakaian kerja yang dah lengkap dan sopan. Dah lama aku tengok kadang-kadang student ni tak ambik cakna tentang pakaian bila bertandang ke rumah Allah.

Ya, aku tahu korang boleh pakai apa sahaja ke Masjid selagi korang menutup aurat dan berpakaian bersih, tetapi kalau boleh, pakailah baju yang bersesuaian contohnya baju Melayu, Jubah, kemeja, kain pelikat dan seluar yang sesuai. Janganlah pakai singlet ngan seluar trek je. Tak sopan la der..

Lagi satu yang aku hairan, ada sorang mamat ni, bila nak pergi ke kuliah pada hari Jumaat, bukan main lagi pakai smart-smart baju melayu, sampin, dan songkok, kasut bukan main berkilat, tup-tup bila nak gi solat Jumaat pakai singlet ngan pelikat je. Kain pelikat londeh pulak tu sampai nampak boxer. Songkok melayang tah kemana, baju melayu pun melayang tah ke mana. So ape citer nih???

p/s: aku tengok orang foreigner pun pakai baju kebangsaan diorang yang macam jubah dengan kain berela-ela tu.. Vogue giler wehhh...


Tuesday, September 27, 2011

Dengar Full Track Album All Your Love Siti Nurhaliza





Boleh Dengar je. Download Tak boleh. -__-"






Fight For Love


All Your Love


I Cry Out


Tonight


Remember You (Feat Sean Kingston)


All Over Again


Stand Up


Falling in Love


Nobody Else


I'll Wait Forever

Monday, September 26, 2011

15 Juta Pageviews untuk video ini


Aku tak tahulah page lain mungkin ada lagi banyak pageview. Tapi lagu ni memang best. Kumpulan 2NE1. Of course yang paling cute itu adalah Sandara Park. :)



So, jom tengok music video Lonely - 2NE1 yang 15 juta pageviews ni.


Untuk Live version


Semua best kannnn!!!!!!

Sunday, September 25, 2011

ALL YOUR LOVE - DATO' SITI NURHALIZA


TRACK 1: ALL YOUR LOVE
TRACK 2: NOBODY ELSE
TRACK 3: TONIGHT
TRACK 4: ALL OVER AGAIN
TRACK 5: I’LL WAIT FOREVER
TRACK 6: FALLING IN LOVE
TRACK 7: I CRY OUT
TRACK 8: FIGHT FOR LOVE
TRACK 9: STAND UP
TRACK 10: REMEMBER YOU (FEAT SEAN KINGSTON)
  





Friday, September 23, 2011

Mood ke laut bila ada yang pandang gua dengan sebelah matanya buta.



Aku ingat entri semalam yang aku ada story pasal kenapa aku jadi segan giler tu aku ingat entri biasa-biasa je. Tapi rupa-rupanya ada jugak orang yang mempertikaikan kesahihan point yang kelima dan tidak percaya benda itu berlaku ke atas diri saya. Hahaha. Memang sangat maharaja LAWAK  lah diorang nih. Tidak ku sangka ada jugak orang yang begitu curious tentang kehidupan saya. Feeling diva jap uolls. -__-"

Saya tak reka-reka cerita pun. Semua cerita tu memang benarlah. Perlu ke nak story dari A sampai Z segala benda dalam blog ni? Nanti entri panjang-panjang korang cemuih plak. Bila dengar ada orang yang bagi respon macam tu inilah time yang membuatkan seseorang blogger yang tak popular macam aku ni down. Macam ada anti-WAMOZUWAHA pulak. -__-" . Maafkan saya. Saya mungkin tidak se-hot yang anda sangka. Tapi saya juga bukannya se-teruk yang korang sangkakan. Owhhh.. Sangat tacing.  T____T" *air mata darah bercucuran*

My mood dah ke Laut China Selatan.  Bye. Berundur dengan hati yang pasrah dan lara. Thanks anynomous. *camne tah eja benda ni, hentam jelah*

p/s yang tidak berkaitan : Bila followers di twitter anda lebih ramai berbanding yang anda follow, anda masih belum hot. Tapi anda akan hot bila anda tweet sepatah, separuh dari followers anda reply tweet anda. -__-"

by: @wanzulqhairi (Klik)

Thursday, September 22, 2011

5 Sebab Kenapa Aku Rasa Segan Giler!


5 Sebab kenapa aku rasa segan giler :-

1. Bila si gadis yang belanja aku makan.

Sumpah aku tak mintak diorang belanja. Tapi bila aku nak bayar, diorang tak mahu ambik. Rasa segan pulak walaupun dengan kawan baik sendiri. Tapi, kenapa diorang taknak terima duit dari aku? Adakah aku terlalu hensem untuk tidak membayar duit itu. Mungkin juga aku ini terlalu macho untuk diorang menerima wang dari aku. *macam ayat sama yang dikelingkan je*

2. Bila ada orang baca blog aku. ^__^

Sebenarnya saya adalah seorang jejaka baik yang pemalu. Awww.. Hahahaha.. Geli geliman -__-". Ya, saya malu sebenarnya bila dapat tau ada jugak kawan-kawan sekolej baca blog saya. *pemes jap*. Tapi jangan lah sampai nak ambik tanda tangan saya. Pelis jangan buat saya segan. Saya bukannya artis. *OK, ni dah tahap tipu melampau*. Tapi jangan pulak stop baca blog yang update entah hape-hape ni. Saya sayang semua followers blog ini, sama ada silent readers mahupun pengkritik tegar dan sesiapa sahaja. *OK, dah boleh pakat klik nuffnang*

3. Bila berada di samping orang yang pendiam/baru kenal.

Saya sebenarnya takdelah peramah sangat. Tapi tidak juga pendiam. Tapi bila berada di samping orang yang pendiam berat mulut nak cakap serta tidak mahu memberi respon, saya pun mulalah berdiam jugak. Takkan semua soalan kita je yang nak bagi. Dulu time aku praktikal, boss aku ni senyap je. Then aku pun terpaksalah keluarkan story yang kami boleh sembang. Sampai terkeluar citer hantu, pocong, saka, toyol segala. Bila tak ada idea, aku sms kawan aku, tanya dia nak cakap pasal apa lagi dengan boss aku ni?. Teruk tak perangai aku. Hahaha. -__-"

4. Bila keluar shopping dengan orang-orang yang banyak wang.

T__T" . Reaksi pun dah macam kesadisan. Hahaha.. Tapi aku cool ja. Kadang-kadang malu lah nak beli baju depan diorang semua yang kaya-raya dan banyak wang. Sebab aku takkan belanjakan duit untuk beli satu helai baju t-shirt dengan harga RM50. Tak akan sekali-kali. Kalau baju Melayu tu ok lagi. Tak berbaloi la baju t-shirt harga RM50 above. Itu bagi aku. Orang lain mungkin tengok brand, jenis kain. Tapi aku rasa banyak la kain yang murah tapi fabrik dia pun boleh tahan jugak berkualiti, design pun cool. Bagi aku, baik beli murah dan banyak, boleh pakai gilir-gilir dari beli satu then bila keluar asyik duk ulang baju dia yang tu ja.. Cemuih laaa... 

5. Bila ada budak perempuan yang kita tak kenal mintak kita belanja.

If kawan lelaki jaranglah mintak belanja ni. Kalau yang ada pun jenis yang gurau-gurau ja. Tapi laki sama laki kalau tak layan pun ok je. Tapi bila perempuan yang mintak belanja ni, kalau time ada duit OKlah. *If teman kariblah, kalau tak karib gua tak layan sangat, lebih-lebih lagi yang suka kutuk gua. T__T" * 

Tapi kes aku ni pulak bila kita pun tak kenal pompuan ni. Kenal gitu-gitu je time dia nyampuk-nyampuk dalam fesbuk. Senang-senang ja time jumpa mintak belanja, macamlah kita ni abang/BF dia. T__T" . Mak bapak/PTPTN/Biasiswa bagi korang buat apa? Kumpul kasut? Handbag? Beli hadiah tuk boifrend?! Yang lagi demm bila aku pun langsung tak kenal pompuan tu dari planet mana ntah tiba-tiba bila terserempak kat kedai mintak belanja dengan body liuk lentok dan suara manja yang konon nak menggoda. Hoi aku tak bernafsu la dengan badan liuk lentok ko tuh, aku lagi bernafsu dengan duit aku!! Poooorahh.! Pastu mulalah cakap tak gentle lah, tak sporting lah. Bapak kau gentle!!! Habis jadi pengikis dengan liuk lentok tu ayu lah?? cehh!!! Lelaki kalau nak belanja pon tengok jugak pompuan tu macamana. Kalau yang jenis gatal menghenyam sorry to say lah. I tak reti nak garu uolls. Yang segannya dia mintak depan orang ramai. Ni yang susah ni.!!! *Biasanya aku buat-buat ada orang sms/call then terus lari dari kedai tuh*

Que: Keseganan adalah hak milik setiap insan



Tuesday, September 20, 2011

IMAM MUDA ASYRAF & SISTEM PERINGATAN AMALAN HARIAN

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog dan entri ini. Kali ini ada perkongsian yang istimewa dengan anda semua. Mungkin ada yang dah tahu, mungkin jugak baru tahu. Tapi benda ni tak dipostkan lagi kat beautifulnara mahupun ohbulan tau... Kat blog lain tu tak tahu. 

Tahu tak, Imam Muda Asyraf yang fofular tu ada buat projek SMS peringatan secara harian. Bagi yang ada follow beliau di twitter mesti dah tahu pasal SMS ini. So, bagi yang tak ada, saya nak bagitau anda semua, SMS akan dihantar oleh Imam Muda Asyraf secara harian tau. Lebih kurang dia SMS korang semua lah. Tapi rasanya korang takleh nak reply lah. Boleh kalau nak reply, tapi sure takkan sampai kat IM. hahaha..

Oleh itu, ayuhlah sertai IM Asyraf dalam SMS peringatan harian. Dimana anda berada,setiap minggu IM Asyraf akan SMS anda dengan peringatan-peringatan harian yang boleh dijadikan amalan... Ayuh jadilah muslim yang gemilang. Jomm... *Ambik ayat kat twitter IM Asyraf* Kepada sesiapa yang mahu follow IM Asyraf kat twitter, nah link imammudaasyraf. Ni link twitter aku, wanzulqhairi.

Untuk langganan: Taip ON ASYRAF & Hantar ke 37973
Untuk stop langganan: Taip STOP ASYRAF & Hantar ke 37973
*Sesuai untuk semua rangkaian TELCO 


Monday, September 19, 2011

Kisah Dongeng Putera Raja yang ingin berjogging



Assalamualaikum. Hari ni aku tak ada kelas. Nak bersorak hoorey pun tak adalah hepi sangat sebab kelas gua deret dari hari Selasa sampai Jumaat. Tapi bila tengok kawan-kawan yang nak ke kelas tu sempat lagi lah aku berannoying depan diorang dengan ayat "Alaa... boring lah hari ni tak ada kelas. Sepatutnya hari ni buat la kelas, baru best." Hoi tak payah mengada!!! Kelas tak ada, study lah dalam bilik.!

Okeh. Ni nak story pasal seorang Putera Raja yang hensem ni diajak berjogging pada pepagi buta. Sudah berjanji dengan seorang dayang yang bernama Cendana (muzik kat blog dia amat mengejutkan aku). Walaupun seorang Putera Raja, tapi dia tak de lah kerek sangat. Cool ja. Tak kesah sesape yang ajak. Dia on ja.

Oleh yang demikian, dia pun bersiaplah bagai nak rak. Lepas solat Subuh, korek la segala kotak nak cari kasut sukan. OK dah jumpa kasut sukan, stokin pulak tak de. Korek plak nak cari stokin. Tetibe terjumpa stokin yang ntah berapa kurun tak basuh. *Letak stokin kat hidung* "Takdelah busuk pun, bau cam biasa je". Then tunggu si dayang kembang semangkok ni SMS. Memang dia janji nak SMS. Si Putera Raja ni tunggu punya tunggu , si dayang tak misscall-misscall pun. Sampai tertidurlah jugak si Putera Raja nih. Kesian ok. Pukul 11 pagi baru si Putera Raja bangun sebab letih menunggu. Pasrah.

Pada petang tu plak si dayang yang mungkir janji ni pun meminta ampun maaf di fesbuk. OK fine, putera raja yang cool ni pun memaafkan dia. Yelah, nanti takot jadi cam dayang bunting plak. -___-" . Kemudian berjanji sekali lagi untuk berjogging pada keesokkan harinya.

Esok paginya plak, Subuh-subuh lagi si dayang ni call. Putera Raja ni tak angkat la sebab masa tu suara masih serak-serak basah. Tak cool la bila dia tahu yang putera raja ni baru bangun. Kemudian, dia pun pergi solat Subuh. Lepas tu dia pun SMS si dayang ni. Tak berbalas. Pukul 6.40 pagi baru si dayang ni balas. Rupa-rupanya dia dah gi jogging. Entah pergi ngan sape. Okfine.

Si Putera Raja yang ditinggalkan ni pun malas la nak bukak kasut dan tidur balik. So, dia pun buat keputusan nak jogging jugak. Kemudian dia pun SMS la 3 orang kawan dia. Semua kawan-kawan dia respon. Sangat bagus. Kawan yang mula-mula respon "Tak ada kasut sukan nak gi jogging". Kawan yang kedua respon "Malas nak jogging + kasut sukan tak basuh lagi" *motif dia hengat pak guard UPM tu nak usha kasut dia??*. Kawan yang ketiga respon "OK, aku temankan ko, tapi aku tak jogging taw."

Akhirnya tercapai juga hasrat si Putera Raja yang macho tu nak jogging. Terima kasih ye kawan yang ketiga tu. :) Sekian, terima kasih.

*gambar nak gempak je*

Happy Birthday to My Sister

Assalamualaikum. Hai. Entri ke 850 saya tujukan kepada My Sis, Wan Norhasila Binti Wan Hasan. Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 34 (17 Sept). Semoga berbahagia di samping suami, anak-anak dan keluarga tercinta.


my mum with my sis :)

Klik (WanSHilaKLM) untuk ke blog beliau.

*Kalau tak ada hadiah nak bagi, klik iklan nuffnang kat belog beliau pun dah kira ok dah*

Sunday, September 18, 2011

(Gambar) Sekitar di Kapal TITANIC.


Assalamualaikum. Dua tiga hari ni schedule sangat pack dengan jalan-jalan cari makan dan jalan-jalan buat pasal. Hahaha… So, entri ni nak post gambar je. Tapi bukan gambar yang aku pergi jalan-jalan. Aku tertarik nak post gambar pasal kapal mewah yang pernah popular pada suatu ketika dahulu dan sekarang hanya menjadi kenangan sehinggakan sebuah filem cinta berlatar belakangkan kapal ini telah mendapat sambutan yang hangat.

Yelah yelah… korang dah tahu kan. TITANIC laa.. Jom tengok apa yang ada dalam kapal TITANIC yang femes nih...


























Thursday, September 15, 2011

Kenapa Bilik Aku Menjadi Tumpuan Orang Ramai?


Hello.! *kenyit mata*

Malam tadi secara tidak sengaja aku telah mengadakan open room *open house* di bilik Hotel Hostel 244 Delima, berbekalkan Black Forest Cake yang akak aku bagi sebab dah  dekat nak expired *tapi belum expired lagi malam tadi*.

Selain kek hutan hitam itu, aku juga menghidangkan beberapa ketul kuih tat yang juga dirembat dari rumah akak aku. Dia bagi aku on ja. Hahaha..

Bilik aku di tepi tangga, tepi foyer, tepi cermin, tepi peti sejuk, tepi tapi jauh sikit dengan tong sampah, bertentangan dengan tandas tapi tak dekat pun.

Sangat strategik dan juga menjadi tempat persinggahan warga kolej dan juga warga asing. Nak pi mana-mana mesti usha bilik aku. Memang sangat sesuai untuk dijadikan bilik contoh di blok aku. Sangat berbangga dengan pencapaian ini!  -___-“

Tiba-tiba aku terfikir sejenak, kenapa bilik aku? *kemain lagi ayat sasterawan Negara*

Akhirnya baru aku tahu kenapa mereka memilih bilik aku sebagai tempat untuk release tension dan tempat untuk mendapatkan ilham serta tenangkan jiwa:-

1. Kemas dan cantik. Susun atur perabot sememangnya layak untuk ditayangkan di dalam rancangan Astana yang dihoskan oleh Kak Nita.

2. Daya pesona dari comforter polkadot pink gua yang gua hangkut dari kampung (Terengganu) ke Shah Alam dengan Bas Sani Ekspress. Mak gua baru je beli gua terus rembat. Hahaha.

3. Bilik gua sejuk sama seperti gua pasang penghawa dingin. Padahal gua pasang kipas speed nombor 2 je. Mungkin aura dari tuan punya bilik kot. T__T"

4. Wangi seharum kasturi. Weee hooo... Hasil campuran spray deadorant Axe, dashing, spray febreze,perfume GA, bau stokin, dan sedikit bahan kimia yang lain.

5. Ada elemen muzik yang meruntun jiwa. Walaupun gua tak pasang pun mp3, winamp, media player segala, hanya berbekalkan sebuah kipas syiling antik, bilik gua akan dihiburkan oleh gegaran kipas yang akan berbunyi bila dipasang. Sangat romantis.

*Lebih kurang macam ni lah design comforter aku. Ingat pompuan je bley pakai pink?*

Tu je lah setakat ini. Lain kali wa story lagi. :)

Buku Nota Special untuk Semester Baru.



Semester baru dah start satu minggu kan. So, aku konfem ramai yang tak beli lagi buku tulis untuk buat nota. Aku lagi prefer guna buku dari kertas A4 ataupun kertas examination pad untuk buat nota. Kalau gua guna kertas memang mudah terabur, malas nak beli punch aka penebuk lubang dan jugak malas nak staple. Nanti ada yang tercabut sana sini pastu hilang. -__-“. Time nak test dan exam mulalah fotostat nota kengkawan.


So, aku cadangkan korang gunalah buku nota yang lain dari yang lain. Unik dan juga dapat membangkitkan semangat untuk menulis nota. Haaa… kat sini aku ada nak tunjuk kat korang antara buku nota yang telah direka khas untuk orang yang malas nak buat nota nih.


1. Buku nota tiga segi.

2. Buku nota roti hiris bagi yang berdiet.

3. Buku nota yang bila anda penyekkan akan muncul sebijik bola huduh.

4. Buku nota i-Pad yang canggih bagi yang kaki gadget.

5. Buku nota browser internet bagi yang kaki online.

6. Buku nota chocolate bar bagi yang suka menambah kalori.

itu sahaja untuk setakat ini. Okbai. :)

Wednesday, September 14, 2011

I'm Your Man by 2PM

Lagu dan tarian untuk I'm Your Man adalah antara yang terbaik 2PM pernah hasilkan. Lagu ini dimuatkan dalam album Jepun kedua mereka bersempena dengan konsert mereka di Jepun baru-baru ini. Tengok la.. Konfem syok... Bagi yang minat 2PM dan K-Pop je lah. Hahaha.. Jangan lupa, 2PM bakal menggegarkan Stadium Merdeka pada hujung November ini *time tu birthday aku*


Yang ni video versi official


Yang ni pulak dance version.


Selamat menonton.

Tuesday, September 13, 2011

JUST SHUT UP!


Bila sentiasa hidup senang dan tak pernah hidup susah dia tak pernah nak memahami perasaan kawan-kawan. Bila masa bergurau dan bila masa untuk menjaga hati kawan-kawan sudah tiada batasan dan tidak dipedulikan. Yang dia tahu hanya nak buktikan yang dialah yang paling hebat untuk bergurau. Bergurau boleh, tapi biar berpada. Jangan sampai orang sekeliling terasa. Jangan jadikan perkara sensitif kawan-kawan anda sebagai bahan gurauan korang. Kalau korang tak boleh faham orang lain sekalipun, korang diam jelah. Kalau bersuara pun tapi menyakitkan hati, memang dah sampai masa untuk korang SHUT UP! #okbai


How much do you know about Breasts? Pledge for Women




Did you know that breast cancer is the No. 1 cause of cancer deaths among women in Malaysia? To contribute towards the future of women, all you need to do is fill in your name, email and pledge!
1 in 20 women in Malaysia has a risk of getting breast cancer in their lifetime? How much do you know about genital warts and HPV? Isn't it scary that it occurs among men and women aged 18-28 years and the prevalence is rising in younger age group (e.g., 15-19), and elderly individuals?



The Passionately You Cervical & Breast Cancer Awareness Campaign is a voluntary collaboration between Assunta Hospital, Asia Assistance, Jaya One and PJ Live Arts founded to encourage the community to support the cause for cervical & breast cancer awareness and early detection. It also helps raise funds for the Community Treatment Program at Assunta Hospital that provides aid to cancer patients from the low income group.

Help raise 6,000 pledges by 22nd of October 2011 by submitting your pledge and spreading awareness to your friends, joining celebrities such as Amber Chia, Niki Cheong, Farah Fauzana and former Miss Malaysia and cancer survivor Genevieve Sambhi! To make things even better, you might even get to win a 32” Panasonic LCD TV if you get all your friends to pledge as well... so what are you waiting for? Pledge now!

Click HERE to go to the website.

Friday, September 9, 2011