Monday, November 28, 2011

Rita Rudaini Wish Birthday Aku.

Untuk pengetahuan semua, pada 27 November 2011 aku telah menyambut ulangtahun hari kelahiranku yang ke 22 di Mantin, Negeri Sembilan. Rumah kakak aku (Kak La) kat sana. Sementara itu Kakak aku yang duk di Shah Alam (Kak Na) kebetulan mengidam nak makan lamb chop. Alhamdulillah beliau dah 5 bulan mengandung anak yang keempat. Aku pun baru ja tahu.

Makanan sangat banyak dan makan sampai kekenyangan. Cheese cake satu, Chocolate Cake dua, semua buat sendiri tau. Spegeti, ayam bakar, lamb chop, kerang bakar dan salad. Best giler. Yang kerang tu akak aku beli sekilo memang aku ja yang duk hadap benda tu weh. Kalau cengkerang kerang tu boleh makan, dengan cengkerang-cengkerang aku makan. Nanti next entri aku post macamana nak bakar kerang dengan sedap, mudah dan senang.

Thanks kepada korang yang wish birthday aku. Walaupun tak ramai, tak sampai pon 20 orang tapi birthday kali ni ada orang special wish. Hahaha.. Of course korang kenal orang yang special tu. *Baca tajuk entri pon dah tahu hoi*. Yeah... Rita Rudaini. Special kann.. 

Sebenarnya yang membuatkan aku terharu tu, pada 26/11 time tu petang, dia take note bila aku cakap besday aku pada 27/11 dan dia wish padaa 27/11 petang. Aku ingat dia dah lupa besday aku. Memang terharu giler laa..




Tak lupa juga yang bagi hadiah. Thanks. Aku suka baju yang ko beli tu. Hehehe.. Ada yang nak bawak barang kiriman dari kampung thanks. Tak sabar mahu makan makanan fevret itu. Hahaha.. Ada yang nyanyi lagu birthday kat aku then publish kat blog, Klik Sini untuk dengar. Ramai kot orang jeles aku dapat video ni. Haha Thanks! Thanks jugak kepada orang yang bagi kad birthday yang special. First time dapat kad birthday. Thanks jugak kepada yang bagi kata-kata semangat. Thanks yang tidak terhingga kepada my family sebab sudi celebrate birthday party untuk Abang Chik. Sekarang jom tengok gambar kek!!! Masterchef, watch out!!!!




Sekian Terima kasih.

Sunday, November 27, 2011

Street Directory - You'll lost without it!

About Street Directory:

We are part of the JDB Holdings, a Pan Asia Digital Media Network that houses some of Asia’s leading portals. Todate, we houses over 200 staffs in asia and operates in 4 countries; mainly Singapore, Malaysia, Indonesia and Philipines.

Speciality
  • Web Design Services
  • Geographical Information Systems (GIS), GPS, Real Time Tracking Software\n
  • Workforce Mgt Systems & Business Planning Software\n
  • Map Making i.e Cartography Services, Surveys & Data Collection\n
  • Advertising Solutions i.e Search Engine Optimization (SEO), Internet Advertising & Directory Advertising.\n


Further Infomation, Just Click: Street Directory






Saturday, November 26, 2011

Tutorial Nak Buat Animation Pada Gambar


Assalamualaikum anak-anak sekalian. Hari ni cikgu nak ajar kalian semua cara-cara nak buat gambar bergerak a.k.a animated image seperti entri cikgu yang lepas. Cool tak??? -__-" *kemain lagi cikgu puji diri sendiri. Hahahha..*

Sebelum korang nak buat gambar bergerak bagai nak rak ni, korang kenalah ada software Photoscape. Kalau tak ada, boleh download di sini. DOWNLOAD PHOTOSCAPE. Bagi yang dah ada tu sekalung tahniah cikgu ucapkan.

1. Mula-mula bukak Photoscape. Kemudian klik dekat Animated GIF. 


2. Lepas tu dekat ruangan sebelah kiri bahagian atas tu ada banyak-banyak folder kan! Kat situ korang cari folder gambar yang korang nak guna. Klik kat folder tu then dia akan keluar banyak-banyak gambar. So pilih gambar yang korang nak guna kemudian drag gambar tu ke dalam iaitu bahagian tengah yang berwarna kelabu tu.



3. Lepas pilih gambar pertama, sekarang pilihlah gambar kedua pulak. Pastikan gambar yang berbeza, sebab nanti tak nampak animated kalau pilih gambar yang sama. Ulangi step tadi. Drag gambar ke dalam.



4. Pilih gambar ketiga dan seterusnya. Kalau nak buat banyak animated, kenalah masukkan banyak-banyak gambar. Aku buat tiga ja. Kalau nak buat dua pun boleh. Seratus?? Lagi boleh dan ko memang manusia sangat gigih dowh.



5. Save dan pastikan dalam format .GIF . Dah siap. :)



6. Hasilnya... Harap ia tidak menjengkelkan dan menjelikkan. Hahaha.. :)


p/s:: Sebarang pertanyaan, sila ajukan ke twitter cikgu di @WanZulqhairi . Dengan menggunakan gambar ni korang boleh buat avatar di twitter. Cikgu dah buat. Korang bila lagi.. Hehehe..

Nota kaki: Gambar ni tak bergerak bila bukak yang macam biasa tu, tapi akan bergerak bila masuk dalam blog atau buat avatar kat twitter!

Gambar gerak-gerak dengan Photoscape.


Dah lama ada Photoscape. Tapi hari ni baru tahu boleh buat benda alah gerak-gerak ni. :)

Ni baru guna photoscape. Belom guna Adobe Photoshop lagi.

Korang semua mesti dah tahu nak wat camne kan.!

Aku je yang still duk kat zaman batu lagi.

Sekarang dah beralih ke zaman Mesolitik

Ada tak yang nak suruh aku buat tutorial??



Friday, November 25, 2011

IU Tergelincir dan Terjatuh di Pentas ketika Mengambil Anugerah


Semalam aku sempat tengok MelOn Music Awards Live di Youtube. MelOn Music Awards ni adalah untuk K-POP music. Aku tengok time dah nak habis. Ramai jugak artis-artis popular yang menang. Macam Girls Generation, Big Bang, Super Junior, Secret, Sistar, 2NE1, IU, Beast dan ramai lagi yang aku tak kenal pun ada. 


Tapi yang paling tak best nya masa penghujung anugerah ni, masa IU nak ambik anugerah untuk kategori Best Song dia tergelincir lalu terjatuh di atas pentas dan pada masa tu kamera memang fokus kat dia. Memang satu dunia nampak dia terjatuh. Kesian kat dia.. Tapi dia dengan profesionalnya bangun dan ambik anugerah tu dengan malunya. Apa-apapun tahniah kepada IU.

Thursday, November 24, 2011

Permohonan Masuk ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka 2012.


Bangga! Tersenyum lebar! Rindu! Ekspresi aku bila dapat tahu Imtiaz akan dibuka di Melaka. Aku generasi ke empat Imtiaz Besut. Imtiaz dulu dah tak sama macam sekarang. Makin canggih dan mantap. Tapi konsep masih kekal malah sekarang makin upgrade. Of course lah kan! Sekolah kat Imtiaz memang satu kenangan yang terindah. Sekarang dah ada 6 buah Imtiaz. Di Besut, Kuala Terengganu, Dungun, Kuala Berang, Kemaman dan yang terbaru di Melaka.

Apa yang aku paling rindu kat Imtiaz?? Banyak!! Tapi yang paling-paling rindu adalah cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah kat Imtiaz. Kalian memang amazing, fantastik dan superb. Aku sangat close dengan guru-guru sehinggakan bila masuk matrikulasi aku rasa macam lost bila hubungan cikgu dengan pelajar tu dah rasa macam lain.

Dulu dengan cikgu-cikgulah tempat aku bersembang. Aku dikategorikan student yang suka melepak dalam bilik guru. Hahaha.. Dulu aku rapat dengan Cikgu Add Maths, Kimia, Biologi dan Pendidikan al-Quran dan Assunah. 

Masa awal-awal penubuhan Imtiaz, ia terbuka untuk pelajar lelaki sahaja. Tapi masa aku tingkatan tiga, pelajar perempuan untuk tingkatan satu mula masuk untuk batch pertama. Disebabkan pemalu dan segan, dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima aku tak pernah pun bersembang dengan pelajar perempuan kecuali jika hal penting je. HAL YANG BETUL-BETUL PENTING MACAM NAK KUTIP DUIT. Hahaha..

Rindu untuk dengar suara warden kejut subuh, rindu nak baca al-Quran dengan kawan-kawan kat tepi koridor. Rindu nak memanah, rindu nak berenang, rindu nak ziarah kubur, rindu nak lepak kat kubah marron. Rindu nak pergi pasar malam tetiap hari Ahad. Rindu nak bersembang dengan Ustaz dan dengar cerita-cerita dari beliau. Rindu untuk sangat busy bila ada karnival peringkat negeri di Imtiaz. Semua aku rindu... :) 

Oleh itu kepada ibu bapa yang berada di luar sana terutamanya di Pantai Barat, jika ada anak-anak lelaki yang bakal masuk ke tingkatan satu, berkeputusan 5A, bawalah anak-anak anda ke sekolah Imtiaz Melaka ni. Memang pilihan yang tepat. 

Permohonan masuk ke tingkatan satu Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka Bagi sesi 2012 dibuka sekarang! Layari laman web www.imtiazmelaka.com.my untuk maklumat lanjut. Untuk ke laman web Imtiaz di Terengganu sila klik http://www.myimtiaz.com.my



KURIKULUM

  • KBSM & Program Quran digabungkan secara sepadu & serentak.

KOKURIKULUM

  • Avionik
  • Solar
  • Robotik
  • Memanah
  • Berkuda
  • Renang
  • Silat
  • Taekwondo
* Aktiviti-aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih yang berkelayakan & berpengalaman.

PEMBELAJARAN SUPER LEARNING

  • Program Khas Tingkatan 1 Semester 1
  • Latih Tubi
  • 'Compacting Syllabus'

PEMBANGUNAN PERSONALITI

  • Motivasi Diri
  • Kerohanian
  • Kepimpinan
  • Solat Berjemaah
  • Khutbah Jumaat

PROGRAM KOMUNITI

  • Solat Jenazah
  • Ziarah Kubur
  • Gotong-royong
  • Lawatan Rumah Kebajikan

MAKANAN TAMBAHAN

  • Madu
  • Kurma
  • Susu


Wednesday, November 23, 2011

Dah Menang Emas tapi Masih Nak Mengutuk!




Disebabkan kita masih lagi merasai kehangatan emas bola sepak di Sukan Sea, aku pun tak mahu melepaskan peluang untuk mengupdate pasal bola ni jugak. Tapi sebelum itu, aku nak nasihatlah sikit kepada kawan-kawan blogger mahupun twitter yang nak melontarkan pandangan atau komen, pleaselah jangan mengutuk melampau-lampau. Itu bukan caranya. Dah menang kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada pemain-pemain Harimau Muda. Tak payahlah nak mengutuk melampau-lampau sampai nak buat entri bukan-bukan untuk pemain berkenaan. Ye, aku tahu ada yang perform tak begitu memuaskan tapi itu mungkin di luar keupayaan dia pada ketika itu. Perasaan lain-lain, tekanan yang di ambik pun lain-lain. So, kita perlulah fahami mereka.

Kita senanglah duduk atas kerusi sambil hisap rokok sambil makan kacang, update twitter sambil tengok match dari view atas kat stadium tu. Padang tu macam sempit je kan. Diorang yang duk main tu dahlah dapat boo, letih lagi, jatuh la, macam-macam lagi. Kita kerja duk mengutuk je tak habis-habis. Marah tu memang marah, tapi sabar la, tak payah nak sumpah seranah berbaur lucah dan masuk blog bagai. Ish, tak matanglah. 

Okeylah, aku sebenarnya nak share pasal satu blog dari penulis Indonesia yang mengulas isu tentang kekalahan team Indonesia. Bacalah. Memang bagus entri dia. Tapi dalam bahasa Indonesialah. Korang mesti faham kan sebab banyak tengok sinetron yang berlambak-lambak kat tv sekarang ni kan siap ngan Indo Pek lagi.


Timnas Tolong Hilangkan Kebencian dan Dendam 
Sepulang dari kantor kemarin, saya menyaksikan suatu fenomena yang luar biasa, trotoar-trotoar jalan penuh oleh kendaraan bermotor yang diparkir. Si empunya motor asyik nglesot di lesehan pinggir jalan yang dipasang layar tancap. Cafe-cafe penuh dan jalanan lenggang, Garuda muda akan melawan Harimau Malaya. Pertandingan sarat emosi, dendam kesumat dan kebencian. Teriakan-teriakan Malingsia dan Ganyang Malaysia bergema. Warna merah mendominasi pandangan mata, di udara sangat terasa hawa keoptimisan bercampur kebencian pada negeri Jiran. Inilah final impian dimana mayoritas masyarakat Indonesia sangat ingin melihat pasukan Garuda Muda menjungkalkan Harimau Malaya. 

Pertandingan pun berlangsung, decak kagum bergumam melihat kecepatan para pemain garuda muda khususnya para pemain-pemain dari pulau Papua. Dan gol cepat pun terjadi, suasana menjadi riuh rendah, teriakan gol bergaung, rasa puas merasuk ke jiwa penonton. Lalu penantian gol kedua pun bergelora, detik demi detik, menit demi menit tapi gol kedua yang ditunggu tak kunjung datang, malah pasukan Harimau Malaysia mampu menyamakan kedudukan. Serangan dari tuan rumah tak berhenti, umpatan dan cacian silih berganti menemani pertandingan. Wasit, hakim garis, pemain, pelatih lawan tak lepas dari hinaan dan umpatan. Hingga beberapa gol yang diciptakan tak mendapat pengesahan makin tinggi tensi permainan makin gemes penonton. Pertandingan normal berakhir, perpanjangan waktu, dan akhirnya adu Tos-tos an dilakukan. Disinilah mental diuji dan Garuda Muda terbukti belum mampu menunjukkan mental juara. Malaysia pulang ke kandang mereka dengan kepala tegak, kalungan medali Sea Games yang dirindukan oleh warga Indonesia selama 20 tahun dibawa ke Kuala Lumpur. 

Ada apa sebenarnya? Kenapa Indonesia selalu kalah dengan Malaysia di partai puncak? Banyak yang beranalisis tentang masalah teknis seperti teknik, team work, mental dan lain-lain. Tapi saya mencoba menganalisis dengan cara lain. Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah i negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul. 

Oleh karena itu marilah kita luruskan niat, saat pertandingan olahraga tidak perlu membawa kepentingan politik dan membawa kebencian di lapangan. Bertandinglah untuk menghibur, untuk mencapai prestasi karena ingin mengharumkan nama bangsa tanpa menginjak martabat bangsa lain. Bukankah seorang pemenang sejati itu adalah mereka yang “Menang tanpa kesombongan dan kalah tanpa banyak alasan”. (22/11/11)
sumber: KOMPASIANA






Wordless Wednesday {epic fails at UPM}


Sahaja Bas. Bahasa Melayu yang di Bangla kan. (T___T")

Tuesday, November 22, 2011

Application Go Launcher for Android


Assalamualaikum. Hari ni aku nak kongsi ngan korang semua pasal application yang aku guna kat handphone aku sekarang. Aku tak berapa pasti handphone apa yang boleh apply benda ni. Tapi aku rasa semua handphone yang ada android boleh guna. Kalau tak boleh tu tak tahu lah kenapa. Mungkin jugak sebab Operating System phone tu sendiri. Aku guna Samsung S Plus. So pengguna Samsung S Plus boleh apply lah. Samsung S2 dah tentu-tentu boleh jugak. 

Nama application ni adalah Go Launcher. Memang sangat best. Ada banyak elemen dalam application Go Launcher ni macam Go Contacts, Go Dialer EX, Go Friends, Go Keyboard, Go Locker, Go SMS Pro, Go Widget, Go Weather dan macam-macam Go lagi. Tapi yang paling best adalah theme dia boleh tahan smart lah. Gambar-gambar kat bawah ni yang aku capture dalam handphone aku.


Yang aku tulis test 2 then ada orang yang terjelir tu aku guna Go Note.





Empat gambar kat bawah ni design bahagian di application. Banyak jugak application yang aku dah download. Game dan jugak benda-benda lain yang aku pon tak reti nak guna. Hahaha..







Dua gambar ni dekat home. Tapi di slide yang belah kiri dan kanan. Dekat home tu boleh letak banyak widget jugak lah. Macam shortcut. So aku letak twitter, facebook, calendar, sms.







Yang bawah ni lah widget dekat home tu. Banyak lagi boleh letak.
  



Ni lah komponen-komponen yang ada dalam Go Launcher. Ada banyak lagi kat bawah. Huhuhu..

Sunday, November 20, 2011

I'm Hurt!!!


Pernah dengar lagu Avril Lavigne yang ada sebut damn damn damn. Benda tu lah yang aku nak shout sekarang ni. Damn damn damn damn...


Seriously I dunno why. What is wrong with me now? Too mudah sentap. Be strong lah bro. Actually sekarang aku tak boleh berdepan dengan orang yang tak reti nak jaga perasaan orang lain, yang suka serkap jarang, yang suka hentam-hentam. Aku jadi tak tahan. Walaupun aku try nak lupakan, benda tu sentiasa jadi problem untuk aku. Actually, if i forget that problem it is like macam tak ada apa-apa pun sebenarnya. But i choose to keep it in my mind. So sick!!!


Aku tak buat salah pun. Dan benda tu bukan dosa besar mahupun dosa kecil.





Tahu tak hurt? Bila dah hurt mulalah tak ada mood. Bila dah tak ada mood, mulalah tertransform from Mr. Que to Mr. Silent and all the lagu jiwang keep playing at winamp player. Tak tahu nak cakap apa. Just wait and see. 


Bila fikir-fikir balik, sampai hati dia cakap macam tu. Eventhough everyone ada hak nak bersuara but at least think first before you just hambur kata-kata you merata-rata like atas my muka. You memanglah puas, but me? Huh. Jangan fikir yourself je. 


Tahniah untuk aku sebab dah berjaya lupakan this problem selepas 2, 3 hari. And this entry is just aku nak bagitau yang aku ni sangat tak boleh handle myself bila banyak berfikir. Bila ada problems, I lost myself. Bila dalam lecture is like a jasad je ada dalam kelas but my roh duk melayang merata-rata. Macam 4D right?? Yeah, its 4th dimension..


Secara tak langsung aku dah reveal one of my weakness. Always lost. Kadang-kadang bila lepak dengan kengkawan pun aku always lost. Coz aku ada kat alam 4D. Bukan bermaksud aku nampak ghost, pontianak segala benda tu. Dan bukan jugak aku ni dalam alam halusinasi.


Biasalah. Remaja. Tapi bila kita cakap macam ni kat orang dewasa mereka mesti cakap, dulu they was a remaja. So, itu dulu! Don't you ever compare my teen world with yours. It is just same on the number of age, but it is not same at the condition and environment.


OK lah. Macam dah banyak merepek yang bukan bukan. Walaupun merepek, but it is all mean to me. Hope you too. Thanks sebab sudi baca. 

Story on the Birthday


Ada tujuh hari lagi nak sampai birthday aku. Aku harap birthday kali ni lagi memberi makna kepada pertambahan umur aku. InsyaAllah aku bakal berumur 22 tahun. 27 November 2011 ini jugak adalah bersamaan 1 Muharram 1433. Tahun baru, umur yang baru, azam yang baru.


Aku nak semua orang kenal aku.

Dulu masa sekolah menengah, tak de siapa pun yang wish birthday aku. Hahaha. Kenapa perlu expect orang nak ingat birthday aku? Aku memang tak popular pun dulu. *sekarang pon tak popular gak weh*. Walaupun kat sekolah aku tu ada satu kelas je dan semuanya lelaki. So, biasalah yang menjadi perhatian adalah budak yang datang dari family yang berada dan kaya. Disebabkan sekolah aku ni kecik je, so kebanyakan parents yang selalu datang kat sekolah aku ni dah kenal semua classmate anak dia. Kadang-kadang diorang datang beli makanan kat kami semua. Ada parents yang jadi cikgu datang mengajar kami. Buat kelas tuisyen. Ada parents yang keje besar datang bagi motivasi kat kami. Diorang memang selalu support kami. 

Nak ramai kawan.

So, bila birthday anak diaorang ada yang datang buat birthday party bawak makanan banyak giler dengan kek lagi. Kadang-kadang aku jeles jugak. Yelah time tu budak-budak lagi. Culture shock gak bila tengok orang buat majlis hari lahir. Bila ada majlis macam tu for sure la ramai yang nak kawan ngan dia. Sape yang tak nak ada ramai kawan. Bila nak keluar, ramai yang ajak. Ada geng sendiri. Duduk satu dorm pulak. Bila bawak baju, kasut dan seluar baru semua orang perasan. Semua tanya beli kat mana? Harga berapa? Brand apa? Aku pulak beli baju baru bila time raya je. Pakai je baju yang ada kat rumah. Setakat baju t-shirt tu aku pakai baju abang-abang ngan akak-akak aku je. Baju yang diorang tinggal kat rumah. Dan dulu aku sangat selekeh. *sekarang pon! Haha*

Bila nak keluar pergi hang out, mesti semua orang nak pergi rumah dia. Sape tak nak gi rumah orang kaya hoi. Tapi itu dulu la. Sekarang dah tak obses dah. Kaya atau miskin semua tu milik Allah.

Berusaha nak buat birthday party untuk diri sendiri.

Satu hari, bila sampai birthday aku nak buat something special kat kawan-kawan aku yang macam diorang buat kat kami semua. Aku kumpul duit yang ayah aku bagi. Tak banyak, tapi adalah sikit yang aku simpan. So satu hari aku keluar. Pergi beli KFC yang bucket tu. Bagi kawan-kawan aku makan. Bila diorang nyanyi lagu Allah Selamatkan kamu dengan lagu happy birthday untuk kali pertama aku rasa sangat happy walaupun ayam yang aku beli tu tak sempat pun nak makan. Cukup-cukup untuk diorang je. Kadang-kadang rasa malu sebab tak ada yang special pon. Tapi aku harap diorang suka apa yang aku buat.

Dan mulai saat itu, Aku gembira jadi orang yang low profile sampai sekarang. Bila kita low profile baru kita tahu sape yang ikhlas berkawan dengan kita. Yang sanggup susah senang dengan kita. Yang bukan kawan dengan kita semata-mata nak kikis harta kita. Cukup hanya sekadar beberapa yang wish birthday kita asalkan mereka ikhlas.

p/s:: Popular dengan bad story tu mintak-mintak jauh lah..


Saturday, November 19, 2011

Dear Girls, Please Don't Cry!


Assalamualaikum w.b. t.

Nak bercinta.

Kau ingat senang ke nak terima cinta. Dulu time single, sibuk nak cari makwe. Bila dah ada orang yang berkenan confius pulak nak terima ke tak. Kalau nak cakap nak. Kalau tak nak cakap tak nak. Kesian kat perempuan tu duk menunggu keputusan. Jangan bagi harapan kat perempuan kalau diri sendiri tak boleh nak terima baik buruk perempuan tu. Ya atau tidak. Mudah je. Tapi kadang-kadang ada yang bagi jawapan ya, tapi perlakuannya tidak menggambarkan jawapan itu.  Mana tak nya, ya hanya di mulut, tapi hati tak rela.

Bagi saya masa.

Berapa lama? 1 hari, 1 bulan, 1 tahun? Apa yang di analisa dan selidik selama 1 tahun tu? Jangan gantung perempuan selama tempoh itu tanpa jawapan yang pasti. Seeloknya berbincang dari hati ke hati. Kalau masih tak bersedia, lepaskan je. Kalau rimas menerima SMS perempuan tu, berikan kata putus yang sewajar dengan hati dan perasaan anda.

Tolonglah faham situasi saya.

Situasi apa? Kalau nak kata kau tu bekerjaya, orang lain pun ada kerjaya jugak. Tapi tak adalah sampai nak hambur kata-kata yang boleh mengguriskan perempuan. Please jangan campur adukkan masalah kerja dalam perhubungan. Kalau kau cakap gaji kau tu tak banyak, setakat ni perempuan tu tak mintak pun duit dari kau. Kenapa kau tak boleh sayang perempuan tu macam perempuan tu sayang kat kau? Kalau kau tak boleh buat, ko lepaskan dia. Jangan mainkan hati dia. Jangan main tarik tali. Bila kau hepi memang benda-benda yang manis je keluar dari mulut kau. Tapi bila kau ada problem, marah, tension, stress, kau lepaskan semua amarah kau kat perempuan tu. So, apa value perempuan tu kat kau? Tunggul?

Orang semua cakap.

Jangan dengar cakap orang luar. Kau takkan dapat puaskan hati semua orang. Bila kau dah sayang kat perempuan tu kau sepatutnya dah bersedia mental dan fizikal. Jangan pulak bila orang cakap sikit kau dah nak melenting. Kalau kau nak melenting kat orang yang cakap tu tak apa. Tapi kau pulak melenting kat perempuan. Kalau kau dapat perempuan yang bekerjaya lebih baik dari kau, bersyukurlah. Itu bukan bala. Itu adalah anugerah. At least dia boleh ringankan beban kau bila dah kahwin nanti. Kau yang nak kawin dengan perempuan tu, bukan orang lain. So, buat apa kau nak dengar cakap orang lain. Dah memang zaman sekarang perempuan banyak yang bekerjaya. Kalau kau nak cari tukang sapu/cleaner, mak cik indon kat kolej aku banyak.

Dari penulis.

Amboi aku mengomen kemain lagi macam Dr. Love. Walaupun aku bukan yang terbaik, tapi aku harap cintaku dapat melengkapi hidupnya. Apa guna jadi suami kalau isteri sedang bersedih, si suami menambahkan lagi kesedihannya. Suami perlulah berikan kebahagiaan dan kegembiraan buat isteri. 

Buat pembaca.

Kepada perempuan-perempuan yang ditinggalkan dan diputuskan cintanya, usahlah bersedih lama-lama. Andai itu takdirnya, terimalah. Walaupun dia lelaki yang baik, tapi dia bukannya yang terbaik untuk anda. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. perancanganNya adalah sebaik-baik perancangan.

p/s: “Don't cry because he left. Smile because he gave you an opportunity to find someone better.”



Wednesday, November 16, 2011

Rainbow: The Story of My Umbrella.



Assalamualaikum. Alkisahnya tadi aku ke PC Fair bersama Adila, Mimi, Mije, dan Uthman. Lepas tu Anuar plak yang datang. Excited nak pergi sebab nak beli fan laptop dan keyboard. PC Fair tu buat kat Dewan Besar UPM. Tak banyak booth pun. Biasa-biasa je. Tapi PC Fair kali ni paling best la yang pernah aku pergi. HAHAHAHA. Sebabnya kat PC Fair ni aku jumpa benda yang aku angan-angan dan memang sedang mencari lama iaitu nak beli PAYUNG WARNA WARNI. Hahaha.. Hepi. Ni sedang duk sengih nih.

Dah dapat payung warna warni kan! Apa lagi. Pose sakan dan mulalah bergambar secara maraton. Mujur ada photog handalan Cik Adila. Diimport dari Bangladesh. Hahaha.. Kami dua memang gila bab ambik gambar. Eh bukan, dia ja yang gila ambik gambar. Aku gila posing. Posing plak cam hareeemmmm.. Ambik gambar sampai habis bateri Samsung S plus aku nih. Hepi hepi hepi.. Oh payungku. Dengan ini, aku namakan payungku ini sebagai Cik Rainbow.

p/s:: Lepas dapat payung, terus tak ingat yang aku nak beli keyboard ngan fan laptop. Balik dengan girang lepas dapat rainbow. Haha.. Lawak lawak lawak dan sengal.



Suasana PC  Fair di dalam Dewan Besar UPM.

 Khas untuk Cik Adila

Feel gila berpayung di bawah payung warna warni. Time ni memang betul-betul hujan. 


Belakang dewan besar. Masa ni nak beli Pizza Hut. 

Thanks to Cik Adila yang gigih melayan posing aku. Hahaha..

 Memang tak nak lepaskan payung ni. Oh Rainbow...


Selamat Hari Lahir Kak Na dan Hami Asraff


Assalamualaikum warohmatullahi Wabarkaatuh. Di entri yang ke 900 ini merupakan entri sangat special dua dua orang insan yang telah menyambut hari kelahirannya pada hari ini 16 November 2011. Syukur Alhamdulillah anda berdua dan kita semua masih lagi diberikan nikmat kesihatan dan nyawa. Semoga dengan nafas yang kita hirup dan hembus itu akan diberkati dan dirahmati oleh yang Maha Esa.


Kepada kakak saya yang tersayang, Kak Na (Wan Haslina), Abang Chik mendoakan kesejahteraan Kak Na dan keluarga yang dikasihi. Semoga lebih tabah dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Ingatlah, perancangan Allah itu adalah perancangan yang sebaik-baik perancangan. Jangan pernah menyesal dalam kehidupan, sebaliknya hendaklah kita pandang terus ke hadapan tanpa ragu-ragu.

Abang Chik harap Kak Na akan kekal bahagia bersama keluarga tercinta. Dimurahkan rezeki dan diberikan perjalanan hidup yang penuh dengan keberkatan dan keredhaan dari Nya. Selamat menjalani amanah sebagai seorang anak, isteri dan juga ibu yang solehah. Harap maaf, tiada hadiah untuk tahun ini. *padahal memang tak pernah bagi hadiah pon*. Nanti dah kerja InsyaAllah dapat.


Kepada kawan saya di blog, twitter, dan facebook iaitu Bro Hami Asraff, selamat menyambut ulangtahun hari kelahiran yang ke 26. Semoga anda berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Teruskan berkarya dalam menghasilkan entri-entri yang tulus ikhlas dari hati. Semoga tabah dan bersemangat dalam menjalani hari-hari yang berliku. Aku berharap agar hari-hari anda akan dirahmati oleh Nya. Hang memang bagus. Aku respect kat hang!!! Semoga Allah ketemukan jodoh yang solehah untuk hang. Insya Allah suatu hari nanti harap kita dapat ketemu ya.. :)

Dengarkanlah video ini :)


Versi Korean diambil dari Drama Dream High.


Untuk lagu penuh dalam versi Korea

Tuesday, November 15, 2011

Tak Perlu Persoalkan Kenapa Aku!


Assalamualaikum. Dah tengok video yang kat bawah ni?? Sangat menusuk kalbu. Sebuah iklan yang sangat baik. Sememangnya di negara kita amat kurang dengan iklan-iklan sebegini. Ada, tapi jarang. Iklan-iklan begini hanya muncul pada waktu-waktu perayaan sahaja. Mungkin kedua-dua iklan ini mempunyai persamaan tetapi jalan cerita yang berbeza.

Yang penting apa yang nak disampaikan adalah, hargailah apa yang ada di sekeliling kita. Tak perlu mempersoalkan kenapa aku? Sesungguhnya apa yang berlaku terhadap diri anda itu adalah sebaik-baik perancanganNya. Usah diragui lagi akan takdir. Di sebalik kelemahan yang ada pada diri kita itu terselitnya berjuta hikmah. Berdoalah. Sesungguhnya Allah itu maha Mendengar. :)


Monday, November 14, 2011

Tutorial Nak Masuk Ke Laman Web yang di BLOCK

Tutorial ini hanya dikhaskan kepada pelajar UPM yang menggunakah uSPOT yang nak masuk ke laman web 4shared. Laman web lain aku tak pasti menjadi ke tidak. Sebelum korang semua meneruskan tutorial ini, seelok-eloknya kliklah link ini www.4shared.com. Apa hasilnya?? Hampa bukan?.

Kami sebagai pelajar memanglah tak boleh menggunakan laman web untuk mendownload lagu dan movie sebagainya. 24 jam memang kena mengadap laman web universiti, laman web pendaftaran kursus, laman web fakulti dan yang berkaitan dengan journal segala kan. *Sarkastik* Hey... Get a life man!!! Takkanlah sampai kumpulan In Team keluar single  terbaru pun korang tak boleh nak dengar lagu tu ??  

Untuk apa nak blocked laman web 4shared ni? Nak support industri musik ke apa? So nak suruh kami beli album artis tu baru boleh dengar lagu diorang. Whateverlah!!!.. Tapi tak semua pelajar di universiti ni kaya raya sampai nak dengar lagu "Sharifah Aini - Kudaku Lari Gagah Berani" pun nak kena beli album. Apa kes sampai kedekut macam tu sekali. Kalau kami dapat PTPTN 10 ribu satu sem pun belum tentu kami beli. Ye dak??? 

OK, kepada sesiapa yang mengalami nasib seperti aku, iaitu tak dapat masuk 4shared.com, meh sini aku ajar cara-cara nak download lagu kat sini. Ikut step-step yang aku dah bagi secara detail kat bawah ni. {Klik pada gambar untuk lihat dengan jelas}

1. Jika link www.4shared.com yang anda buka keluar seperti gambar di bawah, andalah yang saya cari selama ini. Hihihi..


2. Selepas itu, dekat ruangan address link tu anda masukkan https:// . Huruf s tu yang penting. Kalau nak senang, copy http:// yang dah ada kat bawah tu, kemudian paste kat depan adress, tambah "s" dan terus tekan enter tanpa rasa serba salah.


3. Hureyy sebab anda sudah berjaya masuk ke dalam laman web 4shared. So sekarang bolehlah anda cari lagu dan file yang anda inginkan. Kat sini saya nak cari lagu dari kumpulan Girl's Generation.


 4. Bila dah jumpa lagu tu, seperti biasa, klik pada file yang anda nak download.


5. Sekali lagi masalah akan timbul. Jangan risau. Dengan kepakaran yang anda ada ulang step yang kedua tadi dengan meletakkan https:// pada link di ruangan address dan tekan enter.

 

6. Kemudian page ini akan kembali seperti biasa. Tekan muat turun.


7. Masalah tadi akan kembali menghantui anda. Letakkan https:// di hadapan link. Tekan enter.


8. Tunggulah selama beberapa ratus saat itu. T__T" 


9. Tekan muat turun. 


10. Masalah ini belum sampai ke penghujungnya. Letakkan sekali lagi https:// di hadapan link pada ruangan address dan tekan enter. 


11. Page akan kekal sama, tetapi jangan risau, file yang anda inginkan telahpun di download dengan jayanya. 


Sekian sahaja untuk kali ini. Bagi yang tak dapat bukak juga dengan cara yang saya ajar ini, saya sarankan anda belilah broadband. :)